Lionel Lewis

Lionel Lewis (lahir 16 Disember 1982) merupakan pemain bola sepak Singapura. Beliau pernah digelar sebagai Petr Cech Asia Tenggara.Bekerja sebagai polis, Lionel merupakan penjaga gol untuk pasukan Home United (yang bergabung dengan Pasukan Polis Singapura) pada musim ini. Sebelum itu, dia bermain untuk Geylang United.Lewis merupakan anggota pasukan Singapura yang memenangi 2 gelaran Kejohanan Bola Sepak ASEAN berturut-turut pada 2004 dan 2007. Pada kejohanan 2004, Lewis menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP). Lewis juga dicalonkan dalam Anugerah Tahunan Pemain Bola Sepak Asia pada 2006.Pada 21 Disember 2007, Lewis mencuba nasib untuk bermain di eropah dengan menjalani latihan bersama Manchester City. Pada 28 Disember, Sven Goran Eriksson tidak berhasrat untuk membawanya ke Eastland. Pada 13 Januari 2008, Lewis menjalani ujian bersama Grasshopper-Club Zürich tetapi S-League mengesahkan Lewis tidak akan bersama kelab tersebut.